Bagi mereka yang gemarkan permainan rolet dalam talian, sudah pasti anda rambang mata ingin memilih kasino yang sesuai dengan gaya taruhan anda. Tetapi jangan risau. Dengan panduan Rolet Dalam Talian yang lengkap dan padu ini, anda akan mendapat informasi terkini tentang permainan yang terhebat serta bonus-bonus yang paling lumayan di alam maya. Mari kita dalami satu demi satu permainan Rolet Dalam Talian ini.
Sejarah Rolet
Versi rolet yang pertama diperkenalkan di Perancis pada kurun ke-18. Adalah menjadi kepercayaan ramai yang sistem asas permainan ini merupakan hasil usaha saintis terkenal Blaise Pascal. Pada ketika itu, beliau sedang mengkaji sistem pergerakan berterusan dan adalah dikatakan yang rekaan roda rolet dirumuskan pada ketika.
Namun pada 1843, dua orang Perancis yang tinggal di Bad Homburg, Jerman telah mengubah permainan ini buat selamanya. François dan Louis Blanc memperkenalkan sistem 0 tunggal dalam rolet. Tujuannya adalah untuk bertanding dengan kasino-kasino yang masih bermain dengan menggunakan sistem 00 atau 0 berganda. Dan inilah perintis kepada sistem rolet yang kita kenal pada hari ini.

Bagaimana Untuk Bermain Rolet Dalam Talian
Cara-cara bermain Rolet Dalam Talian tidaklah begitu berbeza dari memainkannya di mana-mana kasino atas darat. Apa yang anda perlu buat dahulu adalah memilih dan meletakkan taruhan. Ada dua jenis taruhan yang boleh anda pilih iaitu taruhan dalaman dan luaran. Kedua-dua jenis taruhan ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi dalam bahagian seterusnya.
Setelah krupier menerima taruhan daripada semua pemain yang ada, roda akan diputar. Sebiji bola putih akan dilontarkan pada ruangan yang tersedia pada roda tersebut dan roda akan dibiarkan untuk berhenti dengan sendirinya. Pada ketika ini, bola tadi akan terus mengikut pola putaran roda dan akhirnya berhenti pada satu nombor dan warna. Berdasarkan ini, pengedar akan membayar wang hadiah bagi taruhan yang menang.
Jenis-Jenis Taruhan Rolet
Seperti yang kita lihat tadi, taruhan dalam rolet ada dua jenis, iaitu taruhan dalaman dan taruhan luaran. Mari kaji perbezaan antara kedua-dua jenis taruhan ini dan lihat mana yang lebih sesuai dengan cara taruhan anda.
Taruhan Dalaman
Taruhan dalaman merujuk kepada pilihan nombor yang boleh anda lihat pada meja rolet. Pada kebiasaannya, taruhan dalaman adalah dalam bentuk angka. Taruhan ini biasanya membawa pulangan yang tinggi dan sudah pastinya kadar risikonya pun akan melambung naik. Namun, masih ramai yang giat bertaruh dalam ruangan ini. Ada 6 jenis taruhan dalaman yang perlu anda tahu dan kenal pasti bagi memudahkan penyesuaian strategi permainan anda.
Taruhan Terus (Straight Up)
Taruhan ini melibatkan hanya satu nombor dari grid yang tertera pada meja rolet anda. Nisbah bayaran bagi taruhan adalah 35:1. Contohnya, jika anda meletakkan taruhan pada nombor 15 berwarna hitam, bola rolet perlulah berhenti pada angka dan warna yang tepat untuk menerima wang hadiah bagi sesi anda. Walaupun kebrangkalian menang adalah rendah, pulangannya cukup menarik.
Taruhan Terpisah (Split Bet)
Taruhan terpisah ini diletakkan di tengah-tengah dua nombor yang bersebelahan. Ini bermakna anda dikira meletakkan taruhan pada kedua-dua nombor ini, dengan separuh nilai taruhan ditujukan bagi satu nombor. Nisbah bayaran di sini adalah 17:1.
Taruhan Baris (Street Bet)
Seterusnya adalah taruhan baris. Di sini, pemain akan meletakkan taruhan pada hujung baris. Ini bermakna pemain mahu bertaruh pada ketiga-tiga nombor dalam baris tersebut. Nisbah bayaran bagi yang ini adalah 11:1.
Taruhan Sudutan (Corner Bet)
Taruhan sudutan melibatkan 4 nombor pada satu masa. Cip akan diletakkan pada sudut grid angka di mana kesemua 4 nombor akan bertemu.Nisbah bayaran di sini adalah 8:1.
Taruhan 5 (Five Bet)
Taruhan 5 ini diletakkan pada nombor 0, 00, 1, 2 dan 3. Cip taruhan anda akan diletakkan pada and the sudut bersebelahan dengan 0 dan 1. Taruhan ini khas buat versi Rolet Amerika kerana angka 00 hanya terdapat pada versi tersebut.
Taruhan Garis (Line Bet)
Taruhan garis melibatkan dua barisan yang masing-masing mempunyai 3 angka berlainan, membawa jumlah taruhan kepada 6 nombor yang berlainan. Di sini, nisbah bayaran adalah 5:1.

Taruhan Luaran
Taruhan luaran adalah jenis-jenis taruhan yang diletakkan di kawasan luar grid angka pada meja rolet. Kebanyakan taruhan ini bergantung pada nasib dan kebarangkalian menang hampir 50:50. Kadar menang bagi taruhan seperti ini adalah tinggi, tapi nisbah bayarannya adalah lebih rendah. Istimewanya jenis taruhan seperti ini adalah sistem “la partage” dan “en prison” yang membenarkan anda menjamin sejumlah wang taruhan anda, sekiranya kalah. Mari kita lihat taruhan luaran pula kali ini.
Taruhan Lajur (Column Bet)
Taruhan lajur melibatkan 12 angka dalam satu-satu lajur pada meja rolet. Memandangkan kebarangkalian menang adalah tinggi, nisbah bayaran hanyalah 2:1 bagi taruhan ini. Bagi Rolet Eropah, 12 angka mewakili 32.4% dari meja rolet dan bagi Rolet Amerika, ianya 31.6%.
Taruhan 12 (Dozen Bet)
Bagi setiap pusingan, taruhan ini membenarkan anda menggunakan 12 angka. Nisbah bayaran adalah 2:1
Taruhan Warna (Bet on Color)
Taruhan ini diletakkan pada setiap nombor yang mempunyai warna yang sama dengan pilihan pemain. Anda boleh memilih di antara warna merah atau hitam. Memandangkan taruhan ini sangat mudah dan mempunyai kebarangkalian menang 50:50, nisbah bayaran adalah 1:1.
Taruhan Ganjil/Genap (Bet on Odd/Even)
Taruhan ini melibatkan sejumlah angka ganjil ataupun genap. Nisbah bayaran adalah 1:1. Angka 0 dan 00 tidak termasuk dalam kiraan, kecuali bagi variasi Rolet Perancis dan Rolet Eropah.
Taruhan Tinggi/Rendah (Bet on Low/High)
Taruhan tinggi/rendah hampir serupa dengan taruhan ganjil/genap. Nisbah bayarannya adalah sama. Angka-angka yang terlibat bagi taruhan rendah adalah dari 1-18 manakala bagi yang tinggi adalah 19-36.
Permainan Rolet Dalam Taruhan Percuma
Permainan Rolet Dalam Talian percuma juga terdapat di segelintir kasino dalam talian. Untuk bermain, anda tidak perlu memuat turun sebarang perisian ataupun mendaftar untuk akaun kasino. Anda boleh terus melayari laman kasino yang menawarkan permainan rolet percuma ini dan terus bermain menggunakan kredit kasino maya. Sistem percuma ini memudahkan kerja-kerja mengatur strategi permainan untuk meningkatkan kadar kebarangkalian menang anda, tanpa perlu mengeluarkan wangs sebenar.
Variasi Rolet Kasino Dalam Talian
Permainan rolet mempunyai 3 variasi utama. Setiap variasi ini mempunyai kelebihan masing-masing dan strategi yang unggul akan meningkatkan kadaran menang anda. Mari lihat dengan lebih mendalam lagi ketiga-tiga variasi ini.
Rolet Amerika
Rolet Amerika adalah versi yang paling popular dan kerap dimainkan di kasino-kasino dalam talian. Roda ini mempunyai 38 poket berangka, dari 1 ke 36 termasuk angka 0 dan 00. Angka 1-36 diwarnakan berselang seli merah dan hitam manakala angka 0 dan 00 diberikan warna hijau. RTP bagi versi ini adalah 94.74%.
Rolet Eropah
Bagi Rolet Eropah pula rodanya tidak mempunyai angka 00. Ia hanya mempunyai angka 1-36 serta poket angka 0. Seperti mana dalam versi Amerika, angka-angka 1-36 diwarnakan berselang seli merah dan hitam manakala angka 0 mengambil alih posisi angka 00 dan tetap diwarnakan hijau. RTP di sini adalah 98.37%
Rolet Perancis
Rolet Perancis menggunakan bentangan yang sama seperti Rolet Eropah. Perbezaan di sini adalah tambahan sejenis taruhan insurans iaitu “en prison” dan “la partage”. Bagi “en prison”, anda boleh memilih untuk mengambil semula separuh dari nilai taruhan anda ataupun melangkau sesi semasa dan mengulang taruhan yang sama pada sesi taruhan seterusnya. Ini hanya boleh dilakukan sekiranta bola berhenti pada angka 0. Bagi peraturan “la partage” pula, kiraan peratusan angka 0 dikurangkan, seterusnya meningkatkan kadar menang pemain. RTP bagi versi ini adalah 98.65%.
Jenis-jenis Permainan Rolet
Sepertimana adanya variasi rolet yang berbeza, ada juga jenis permainan rolet yang berbeza. Perbezaan yang paling ketara adalah ciri-ciri bentangan meja yang berlainan. Mari kita lihat jenis permainan rolet yang ada.
Rolet Multi-Bola
Rolet multi-bola melibatkan lebih dari 3 bola rolet yang berbeza dan akan diputarkan bersama. Bentangan meja yang digunakan akan bergantung pad versi yang anda pilih. Rolet multi-bola mempunyai kadar menang yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga lebih tinggi daripada permainan rolet biasa.
Rolet Multi-Roda
Bagi rolet multi-roda pula, anda akan menggunakan bentangan pilihan anda tetapi dengan menggunakan lebih dari satu roda rolet. Versi ini lebih kerap ditemui di kasino dalam talian, dan boleh mencapai sehingga lapan roda sekali gus. Cara permainan adalah sama, tetapi kadar menang dan risiko semakin tinggi.
Rolet Mini
Rolet mini adalah versi rolet biasa yang dipermudahkan. Ianya dimainkan dengan menggunakan jumlah angka yang lebih rendah. Permainan ini menggunakan angka 1-12 dan mempunyai angka 0 sahaja. Langkah-langkah permainan adalah sama seperti versi lain.
Pereka Perisian Kasino Terbaik Bagi Rolet
Permainan rolet melalui kasino dalam talian biasanya dibekalkan oleh sekumpulan pereka perisian. Antara pereka perisian rolet yang terbaik adalah Microgaming. Ianya dikenali sebagai pereka perisian rolet yang paling terkenal. Seterusnya adalah Evolution Gaming. Merek adalah terbaik dalam menghasilkan permainan rolet secara langsung. NetEnt pula dikenali sebagai pereka perisian rolet berkualiti tinggi manakala Play N’ Go menggunakan sistem RNG yang terkemuka dalam permainan rolet mereka. Playtech pula menghasilkan permainan rolet yang tinggi kualiti grafik dan visualnya.
Kasino Dalam Talian Terbaik Malaysia Bagi Rolet
Terdapat beberapa kasino dalam talian di Malaysia yang terkenal bagi permainan rolet, merentasi semua variasi dan jenis yang ada. Mereka termasuklah 22Bet dan 888Casino.
22Bet
Di 22Bet, mereka mengutamakan permainan rolet secara langsung. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah tajuk-tajuk seperti Dragon Roulette, Lucky Streak, Fast Roulette, Roulette Azure dan banyak lagi. Kesemua permainan yang ada disediakan oleh pereka perisian terzkemuka seperti Evolution Gaming, Ezugi, Pragmatic Play dan ramai lagi, Dari segi bonus pula, belum ada lagi bonus yang spesifik kepada permainan rolet secara langsung. Tetapi, ada bonus selamat datang yang mencecah RM 2000 yang boleh anda gunakan di mana-mana permainan rolet kegemaran anda.
888Casino
Permainan Rolet Dalam Talian di 888Casino juga amatlah mengasyikkan dan tinggi pulangannya. Namun, permainan rolet secara langsung di 888Casino lebih mendapat tempat dalam kalangan penaruh-penaruh di alam maya. Ini disebabkan sistem permainannya yang menggabungkan keseronokan permainan maya dan realistiknya permainan rolet di kasino biasa. Permainan yang boleh anda cuba termasuklah European Roulette Low Stake, Super Stakes Roulette, French Roulette dan banyak lagi. Bagi bonus rolet pula, anda boleh menuntut bonus selemat datang dan gunakannya untuk permainan anda kerana belum ada bonus khas untuk rolet.
Kasino Rolet Langsung
Rolet secara langsung secara semulajadinya lebih mengasyikkan bagi pemain-pemain rolet alam maya. Ini kerana rolet secara langsung menggabungkan ciri-ciri taruhan atas darat dan atas talian dalam satu permainan yang unik. Walaupun permainan rolet langsung adalah hampir sepenuhnya dikawal pengkomputeran, ciri krupier asli itulah yang menjadi daya tarikan utama rolet langsung ini.
Permainan Immersive Roulette
Immersive Roulette merupakan permainan Rolet Dalam Talian secara langsung yang dihasilkan oleh Evolution Gaming. Ia menggunakan strim video berkualiti tinggi, sehingga dengan resolusi 200fps. Para krupier yang mengendalikan permainan pula profesional serta arif dalam selok-belok permainan rolet. Anda juga boleh meletakkan taruhan secara interaktif dan berkomunikasi terus dengan pengedar anda bagi setiap sesi permainan.
Rolet Mudah Alih
Rolet dalam talian juga boleh dimainkan menggunakan peranti mudah alih. Permainan rolet yang ditawarkan di kasino dalam talian biasanya telah pun disesuaikan untuk penggunaan secara mudah alih bagi laman mobile serta aplikasi. Simulasi roda rolet dalam sistem mudah alih juga mudah digunakan, walaupun pada skrin yang jauh lebih kecil. Dengan sistem bolehgerak seperti ini, pemain boleh meletakkkan taruhan pada meja rolet kegemaran dari mana sahaja. Namun, penggunaan aplikasi adalah lebih efisien dan mudah berbanding perlu mengakses laman kasino secara mudah alih.
Kelebihan Kasino Dalam Rolet
Seperti permainan kasino lain, rolet juga ada kelebihan kasino. Dalam kalangan permainan meja kasino, kelebihan tuan rumah bagi rolet adalah paling tinggi, dengan nilai 5.26%. Tetapi, ini tidak bermakna yang pihak kasino akan sentiasa menang. Dan nilai ini adalah purata dari semua jenis taruhan. Jika anda bijak mengatur jenis taruhan anda, anda masih lagi boleh mengatasi kelebihan ini.

Ketelusan Permainan
Bagi permainan Rolet Dalam Talian, baik yang biasa atau secara langsung, perisiannya direka untuk memastikan yang kesemua hasil putaran yang anda lihat adalah rawak, walaupun anda menggunakan komputer. Ini diperbolehkan melalui sistem penjana nombor rawak. Mengikut algoritma yang kompleks, perisian rolet anda akan berjalan dan mengeluarkan keputusan akhir secara rambang, mengikut tetapan dalam algoritma tersebut. Selain dari itu, perisian Rolet Dalam Talian akan diaudit oleh badan regulasi kasino yang berkenaan, untuk memastikan ketelusan setiap perisian rolet yang ditawarkan pada laman mereka.
Strategi Rolet & Tips Menang
Strategi rolet adalah pelbagai dan kebanyakannya lebih kompleks. Antara strategi yang paling terkenal termasuklah strategi Martingale, D’Alembert, Fibonnaci, Paroli, Labouchere dan Parlay. Kesemua strategi ini menggunakan sistem pengiraan yang rumit untuk mendapatkan kebarangkalian keputusan bagi setiap putaran. Ramai juga yang menggunakan janjang taruhan untuk meneka keputusan seterusnya. Namun, tips yang paling utama yang perlu anda ingat adalah untuk meningkatkan kebarangkalian menang anda, dengan apa cara sekalipun.
Kata-kata Akhir
Permainan rolet ini sangat pelbagai dan ini menyebabkan ramai kembali bertaruh pada permainan rolet, baik di kasino darat ataupun atas talian. Terdapat plbagai strategi yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan lagi peluang anda menang, walaupun bagi versi-versi yang sukar. Ia mudah dimainkan, serta tidak terlalu rumit . Ini menjadikannya permainan kasino yang sesuai untuk menang wang sebenar dalam masa yang singkat sahaja.
Soalan Lazim – Rolet Dalam Talian
Apakah strategi yang terbaik rolet?
Bagi Rolet Dalam Talian, strategi yang terunggul adalah strategi D’Alembert, terutamanya jika anda mempunyai modal taruhan yang kecil.
Adakah rolet kasino dalam talian benar-benar telus dan jujur?
Ya, permainan Rolet Dalam Talian menggunakan sistem penjana nombor rawak yang bertauliah untuk memastikan yang segala aktiviti yang berkaitan dengan permainan rolet adalah bebas dari ketidakjujuran.
Taruhan Rolet Dalam Talian mana yang paling selamat?
Taruhan luar biasanya lebih selamat, lebih-lebih lagi taruhan warna.
Berapa angka yang ada pada roda rolet?
Ini bergantung pada versi rolet yang anda mainkan. Pada kebiasaanya, ada 1-36 nombor pada roda rolet, kecuali pada roda rolet mini.